Nilaian Ar Rahnu Sudah Naik !!

Monday, June 6, 2011


Berita baik bagi pelabur emas di Agro Bank, bermula sekarang, agro bank telah menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu agro bank, kami mengetahui harga untuk emas 999 iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Manakala emas 916 RM 161/gram berbanding harga sebelumnya RM 151.90/gram.Pelabur dah untung RM10.20/gram untuk emas 999 & RM9.10/gram (berita baik ni). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas.

Pendapat kami merasakan kerana pada April lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran.

Bulan Mei juga mencatatkan rekod harga emas tertinggi pada 5.5.2011 berikutan peristiwa kematian Osama Ben Laden. Graf terbaru harga emas menunjukkan emas bakal naik lebih tinggi lebih dari jangkaan ramai. Sumber dari Goldprice Org: menyatakan, rally kenaikan harga emas akan berterusan naik untuk 3 hingga 10 tahun akan datang
Silver and Gold Prices Remain in a Long Term Bull Market with Another 3 to 10 Years to Run Wild

Selain dari Agro Bank, Federation of Gold Smith Malaysia juga turut menaikkan harga emas retail yang dijual dikedai emas kepada harga yang baru.

Nilai baru harga emas retail (2 June 2011)

999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

0 comments

Post a Comment