FAQ

Tuesday, August 17, 2010

Assalamualaikum & Salam Emas

Kita telah melihat kesedaran yang tinggi orang muslim terhadap emas dengan pelancaran Dinar Kelantan dibawah kelolaan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd baru-baru ini.

Bagus sangatkah emas ni?

Pada masa ketidaktentuan ni, emas selalu dianggap sebagai cara untuk memelihara kekayaan dan bertindak sebagai pelaburan yang selamat.

Betoi ka emas ni pelaburan yang selamat? Cuba beri 3 sebab yang dikatakan pelaburan emas adalah selamat.

i.              Emas meraih prestasi yang mengatasi pasaran global semasa kemeruapana.Mudah pahamnya, emas ni kalis inflasi.

ii.            Emas lindung nilai daripada terpengaruh dengan kejatuhan Dolar AS.

iii.           Permintaan emas melebihi bekalan lombong.

Bila sudah beli emas,boleh dipajak kt bank dlm Ar Rahnu.Ar Rahnu tu apa?

Ar Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank member pinjaman berdasarkan prinsip Al Qardul Hasan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tadi disimpan dengan prinsip Al Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan yg rendah.

Apakah advantages Ar Rahnu ni ?

i.              Pembiayaan mengikut syariah.

ii.            Cepat, mudah dan selamat.Barang kemas dijamin keselamatannya.

iii.           Lebih murah

iv.           Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh

v.            Tempoh gadaian lebih lama.

Berapakah jumlah pinjaman yg kita dapat?

65% daripada jumlah nilaian cagaran emas.

Jenis macam manakah barang kemas yang boleh dipajak di Ar Rahnu?

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas.

i.              Rantai

ii.            Subang

iii.           Cincin

iv.           Gelang tangan / kaki

v.            Keronsang

vi.           Duit syiling emas, dinar & emas keeping



Akhirnya, INGAT MASA DEPAN, INGAT EMAS :)


2 comments

Anonymous said...

salam...ana rasa lontaran dari penulis tu ada kenanya...jom kita labur.,,.w;alam

November 20, 2010 at 9:36 AM

Post a Comment