Bank Di Malaysia mula menyimpan EMAS, KITA jangan terlambat!!!

Sunday, July 25, 2010

Citibank sasar pelaburan emas

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

zmohamed@bharian.com.my

Pelancaran produk terbaru dijangka bantu tingkat perolehan

CITIBANK Bhd menjangkakan segmen perniagaan pelaburannya akan berkembang sekurang-kurangnya 20 peratus tahun ini, didorong oleh pelancaran produk terbarunya yang membolehkan pelanggan melabur dalam emas menerusi tiga mata wang utama dunia.
Ketua Bahagian Peruncitannya, Paul Hodes, berkata produk inovatif itu juga dijangkakan mengukuhkan lagi kedudukan Citibank sebagai tiga peserta utama dalam industri pengurusan kekayaan di negara ini.
Beliau berkata, produk Emas Berbilang Mata Wang itu juga disasarkan membantu pertumbuhan dua angka bagi bilangan pelanggan Citigold yang ketika ini lebih daripada 30,000 pelanggan.

“Pelancaran produk ini antara strategi Citibank menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan inovatif menyeluruh kepada lebih 10,000 pelanggan Citigold dan Citibanking, bagi memberikan mereka pilihan mempelbagaikan portfolio pelaburan.

“Justeru, kami yakin mampu mengekalkan pertumbuhan 20 peratus atau lebih bagi perniagaan pelaburan Citibank seperti tahun lalu, terutama dengan keadaan pasaran yang kini lebih baik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan produk terbaru Citibank itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pasaran Konsumer Citibank, Fabio Fontainha.
Citibank mempunyai pelbagai rangkaian produk pelaburan dan pengurusan kekayaan merangkumi unit amanah, pelaburan berkaitan pasaran, dana pasaran kewangan dan bon.

Mengenai produk terbaru itu, beliau berkata pelabur boleh melabur secara elektronik ke dalam emas yang mana akaun berkenaan boleh ditukar kepada mata wang Amerika Syarikat (AS$), Australia (AUD) dan Euro (EUR).

Katanya, dengan tawaran inovatif itu, pelanggan berpeluang sama ada melabur secara langsung dalam emas atau memilih untuk memasangkan mata wang dengan emas untuk memperoleh faedah.

“Pelanggan Citibank kini boleh membuka akaun emas untuk membolehkan mereka melabur secara langsung dalam logam berharga ini tanpa perlu memiliki emas dalam bentuk fizikalnya,” katanya sambil menambah ketika ini, semua akaun emas hanya dalam dolar AS atau Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

Hodes berkata, pelabur boleh memilih untuk melabur dalam Akaun Emas Citigold yang melabur terus ke dalam emas atau Akaun Dwi Matang Wang Citibank jika ingin menerima kadar faedah lebih tinggi berbanding simpanan tradisional. Pelaburan minimum adalah RM5,000 atau yang setara.


p/s
1. kepada kengkawan yg nak beli emas, boleh rujuk harga di

gelombangemas.blogspot.com

2.kuwait finance dah buat AKAUN EMAS selain daripada Public Bank dgn Maybank.
 3. Agro bank dgn Bank Rakyat dah pun buat AR RAHNU. dan sekarang menyusul Bank Islam pun dah ada pajak gadai Islam.
4. bakal menyusul Ar Rajhi Bank pun nak buka Instrument EMAS dia sendiri.

so......apa tunggu lagi?

1.analisa emas semasa bulan OGOS harga akan naik.
2.analisa pada tahun nie harga emas akan cecah USD1500/oz
harga sekarang USD 1193/oz
3. peramal ekonomi dunia mengatakan tahun 2011 emas akan cecah harga USD 2000/oz
http://ideabusiness-fadil.blogspot.com/2010/07/rise-and-rise-of-gold-business-magazine.html

Tindakan:
1. ubah simpanan kita dengan membeli emas w/pun 1 gram.
2. kongsi duit dengan rakan-rakan beli emas secara pukal lebih murah lor...
3. beli dinar emas atau syiling emas.
4. paling senang sekali...........

call jer 013-4225324

saya bersedia memberi khidmat rundingan emas percuma!!

jangan lupa!!!

****************************
Ingat Emas Ingat Sahir

Ok ke buat Loan beli EMAS

Tuesday, July 20, 2010

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini :)
Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)



Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88% :)
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
.
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)

Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Dinar Emas , Islam & Masadepan Wang

ILMU EMAS


Tak semua orang akan faham bila kita sebut pasal ''emas'' dan ada juga yang memahami tapi tak tau mengira tentang emas, sama juga kan?
so...disini saya ingin mengajar sesiapa yg nak tau lebih detail tentang pelaburan emas yang berkesan dan tetang fizikal emas..saya bukan seorang OTAI ,tapi apa salahnya jika kita bagi ilmu secara percuma kat orang lain walau pun ilmu didada tak sehebat OTAI emas.

Ramai yang saya jumpa ada yang tak tau langsung tentang emas bila kita berjumpa kita yang pening nak bagi penerangan,tapi saya tetap gembira walau pun pening last-last dia orang dapat juga ilmu berguna yang saya bagi,kebayakan pertanyaan yang saya bnyak jumpa dari pada orang yang pernah saya ajar ialah tentang harga,dia orang masih confuse diatara harga worldwide dengan harga tempatan. Untuk pengetahuan anda harga emas ni terbahagi kepada dua:
1. Harga dunia (LBMA)
2. Harga penjual ( TOKEY BESAR)

HARGA DINIA (LBMA)
Maksud LBMA ialah ''London Bullion Market Association'', harga yang ditetapkan untuk world trading atau boleh didapati harga tersebut dalam kitco.com, harga yang tertera dalam kitco adalah mengikut per ounce. Kalau dimalaysia yang follow harga LBMA ialah seperti MKS, iaitu pengedar PAMP SUISSE dimalaysia

HARGA PENJUAL (TOKEY BESAR)
Harga ini adalah tertakluk kepada harga pasaran besar malaysia, seperti harga bank,harga pemborong,harga syarikat yang menjual emas dan harga penukang, diantara semua yang saya sebut tadi ialah harga semua tak sama,berbeza tapi tetap follow kepada harga world dalam turun atau kenainya harga emas. Untuk harga kedai lain pulak itu dah dikira harga open market penjual barang kemas, boleh anda dapati di fgjam.org.my

Emas Berganda

Emas Berganda adalah salah satu cara untuk membeli emas iaitu dengan menggunakan kaedah pinjaman Ar-rahnu.Tiada Hibah atau pendapatan bulanan tetapi program ini boleh menjadikan salah satu perniagaan emas yang menguntungkan yang tidak menyalahi undang-undang.Ini adalah peluang keemasan bagi yang ingin membeli emas dengan harga yang murah dari pasaran tempatan, yang tidak pernah anda jumpa dimana-mana kedai diseluruh Malaysia.

SKIM BELIAN BARANG KEMAS DENGAN CARA PINJAMAN AR-RAHNUEmas barang kemas adalah perhiasan untuk kaum hawa dan berbagai kegunaan lain, tetapi ianya bukan saja untuk memakai untuk bergaya bahkan ia menjadi salah satu produk fizikal trading yang sangat menguntungkan.

Ada dua cara beli emas menggunakan skim pinjaman Ar-rahnu:
1. Membeli tunai dengan maksud menyimpan atau memakai dan jual dikala harga naik
2. Membeli mengunakan kemudahan pinjaman Ar-rahnu. cara begini adalah bagi anda yang tidak mampu membeli emas secara tunai dengan jumlah yang banyak tetapi dengan kaedah pinjaman ini anda dapat membeli dengan jumlah yang banyak.
 
 
INGAT MASA DEPAN, INGAT EMAS

Mana yang anda pilih Pelaburan emas atau perniagaan emas?

Salam sejahtera sekalian...untuk posting kali ini saya akan uraikan tentang mana satu yang anda pilih "pelaburan emas ke atau perniagaan emas?".. bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot...Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma...ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.

Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.
Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.

Perniagaan Emas
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.

Banyak lagi yang anda kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas,mengenali emas tak rugi sebab anda sendiri pun membeli emas.

Harga Gula Naik Lagi

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum wbt

Adakah kenaikan ini tidak akan mempengaruhi jaringan kenaikan pada barang-barang lain?.Adakah kita boleh terima kenyataan ini?

Tanyalah diri sendiri. Adakah mustahil harga kuih-muih yang menggunakan gula akan kekal. Kita lihat sahaja kesannya.

Perkara ini adalah kerana bukan harga gula yang naik, tetapi lebih kepada nilai wang kita yang menyusut lagi. Kita perlu tambah lebih banyak wang untuk membeli gula iaitu sebanyak RM0.20 lagi. Di sini menunjukkan lemahnya sistem wang kertas dalam menyimpan nilainya. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Mulakanlah simpanan dalam bentuk EMAS, insya-Allah perkara-perkara sebegini akan menjadi suatu yang tidak akan membimbangkan semua. Kerana bila harga barangan naik, harga perkhidmatan naik dan segala-galanya naik maka sebenarnya harga EMAS juga akan naik. Jadi kita tidak perlu risau akan kenaikan apa jua barang dan perkhidmatan.

Apakah yang menyebabkan anda kekal dalam keadaan tunggu dan lihat tanpa apa-apa tindakan. Bertindak sekarang, anda mampu mengubah segalanya.

MEMBELI ROTI DENGAN EMAS

Assalamualaikum

Minyak sudah naik 5sen hari ini

Video di bawah telah berlaku di Zimbabwe pada ketika ini. Adakah kita juga mahu menunggu keadaan tersebut berlaku di negara kita baru kita nak mula menyimpan emas? Pada ketika itu tiada guna lagi kerana wang kertas tidak lagi mempunyai harga.

Fikir-fikirkanlah saudara-saudara ku semua. Perkara ini tidak mustahil. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua. Amin ya rabbal alamin.... Mulakan simpanan emas sekarang.

Klik pada link untuk menonton video tersebut atau lihat pada catatan sebelum ini (di bawah).

Belajar Dari Hadith

Tuesday, July 13, 2010

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:> Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)