Harga Gula Naik Lagi

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum wbt

Adakah kenaikan ini tidak akan mempengaruhi jaringan kenaikan pada barang-barang lain?.Adakah kita boleh terima kenyataan ini?

Tanyalah diri sendiri. Adakah mustahil harga kuih-muih yang menggunakan gula akan kekal. Kita lihat sahaja kesannya.

Perkara ini adalah kerana bukan harga gula yang naik, tetapi lebih kepada nilai wang kita yang menyusut lagi. Kita perlu tambah lebih banyak wang untuk membeli gula iaitu sebanyak RM0.20 lagi. Di sini menunjukkan lemahnya sistem wang kertas dalam menyimpan nilainya. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Mulakanlah simpanan dalam bentuk EMAS, insya-Allah perkara-perkara sebegini akan menjadi suatu yang tidak akan membimbangkan semua. Kerana bila harga barangan naik, harga perkhidmatan naik dan segala-galanya naik maka sebenarnya harga EMAS juga akan naik. Jadi kita tidak perlu risau akan kenaikan apa jua barang dan perkhidmatan.

Apakah yang menyebabkan anda kekal dalam keadaan tunggu dan lihat tanpa apa-apa tindakan. Bertindak sekarang, anda mampu mengubah segalanya.

0 comments

Post a Comment