Bank Di Malaysia mula menyimpan EMAS, KITA jangan terlambat!!!

Sunday, July 25, 2010

Citibank sasar pelaburan emas

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

zmohamed@bharian.com.my

Pelancaran produk terbaru dijangka bantu tingkat perolehan

CITIBANK Bhd menjangkakan segmen perniagaan pelaburannya akan berkembang sekurang-kurangnya 20 peratus tahun ini, didorong oleh pelancaran produk terbarunya yang membolehkan pelanggan melabur dalam emas menerusi tiga mata wang utama dunia.
Ketua Bahagian Peruncitannya, Paul Hodes, berkata produk inovatif itu juga dijangkakan mengukuhkan lagi kedudukan Citibank sebagai tiga peserta utama dalam industri pengurusan kekayaan di negara ini.
Beliau berkata, produk Emas Berbilang Mata Wang itu juga disasarkan membantu pertumbuhan dua angka bagi bilangan pelanggan Citigold yang ketika ini lebih daripada 30,000 pelanggan.

“Pelancaran produk ini antara strategi Citibank menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan inovatif menyeluruh kepada lebih 10,000 pelanggan Citigold dan Citibanking, bagi memberikan mereka pilihan mempelbagaikan portfolio pelaburan.

“Justeru, kami yakin mampu mengekalkan pertumbuhan 20 peratus atau lebih bagi perniagaan pelaburan Citibank seperti tahun lalu, terutama dengan keadaan pasaran yang kini lebih baik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan produk terbaru Citibank itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pasaran Konsumer Citibank, Fabio Fontainha.
Citibank mempunyai pelbagai rangkaian produk pelaburan dan pengurusan kekayaan merangkumi unit amanah, pelaburan berkaitan pasaran, dana pasaran kewangan dan bon.

Mengenai produk terbaru itu, beliau berkata pelabur boleh melabur secara elektronik ke dalam emas yang mana akaun berkenaan boleh ditukar kepada mata wang Amerika Syarikat (AS$), Australia (AUD) dan Euro (EUR).

Katanya, dengan tawaran inovatif itu, pelanggan berpeluang sama ada melabur secara langsung dalam emas atau memilih untuk memasangkan mata wang dengan emas untuk memperoleh faedah.

“Pelanggan Citibank kini boleh membuka akaun emas untuk membolehkan mereka melabur secara langsung dalam logam berharga ini tanpa perlu memiliki emas dalam bentuk fizikalnya,” katanya sambil menambah ketika ini, semua akaun emas hanya dalam dolar AS atau Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

Hodes berkata, pelabur boleh memilih untuk melabur dalam Akaun Emas Citigold yang melabur terus ke dalam emas atau Akaun Dwi Matang Wang Citibank jika ingin menerima kadar faedah lebih tinggi berbanding simpanan tradisional. Pelaburan minimum adalah RM5,000 atau yang setara.


p/s
1. kepada kengkawan yg nak beli emas, boleh rujuk harga di

gelombangemas.blogspot.com

2.kuwait finance dah buat AKAUN EMAS selain daripada Public Bank dgn Maybank.
 3. Agro bank dgn Bank Rakyat dah pun buat AR RAHNU. dan sekarang menyusul Bank Islam pun dah ada pajak gadai Islam.
4. bakal menyusul Ar Rajhi Bank pun nak buka Instrument EMAS dia sendiri.

so......apa tunggu lagi?

1.analisa emas semasa bulan OGOS harga akan naik.
2.analisa pada tahun nie harga emas akan cecah USD1500/oz
harga sekarang USD 1193/oz
3. peramal ekonomi dunia mengatakan tahun 2011 emas akan cecah harga USD 2000/oz
http://ideabusiness-fadil.blogspot.com/2010/07/rise-and-rise-of-gold-business-magazine.html

Tindakan:
1. ubah simpanan kita dengan membeli emas w/pun 1 gram.
2. kongsi duit dengan rakan-rakan beli emas secara pukal lebih murah lor...
3. beli dinar emas atau syiling emas.
4. paling senang sekali...........

call jer 013-4225324

saya bersedia memberi khidmat rundingan emas percuma!!

jangan lupa!!!

****************************
Ingat Emas Ingat Sahir

0 comments

Post a Comment